Strok haba punca Muhammad Harraz maut

0
2

KANAK-KANAK tiga tahun yang meninggal dunia selepas ditinggalkan selama empat jam dalam kereta di sebuah tadika di Sungai Petani, Selasa lalu disahkan mengalami strok haba.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, berkata mayat mangsa, Muhammad Harraz Aryan Mohd Hafizi dibedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar kelmarin.

Adzli berkata, sampel forensik dalam badan mangsa turut diambil untuk analisa bagi mendapatkan punca sebenar kematian kanak-kanak lelaki tersebut.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati kejadian menimpa kanak-kanak lelaki itu memiliki unsur kecuaian dan tidak melibatkan unsur-unsur lain.

Katanya, mangsa ditinggalkan dalam kenderaan tersebut lebih empat jam tanpa ruang pengudaraan yang sempurna dengan cuaca panas yang melampau ketika ini hingga menyebabkan kanak-kanak itu alami strok haba.

Katanya, mangsa ditinggalkan dalam kenderaan tersebut lebih empat jam tanpa ruang pengudaraan yang sempurna dengan cuaca panas yang melampau ketika ini hingga menyebabkan kanak-kanak itu alami strok haba.

Beliau berkata, pihaknya mengambil keterangan dari semua guru di tadika untuk siasatan lanjut dan masih meneruskan siasatan kes tersebut dari pelbagai sudut.

Adzli berkata, kes siasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Selasa lalu, seorang kanak-kanak berusia tiga tahun 11 bulan ditemui tidak sedarkan diri selepas empat jam ditinggalkan dalam sebuah kereta di sebuah tadika.

Dalam kejadian itu, mangsa bersama seorang lagi kanak-kanak diambil pengetua tadika di rumahnya di Taman Ria, Sungai Petani jam 7.45 pagi.

Pengetua mula menyedari mangsa tiada dalam kelas ketika sesi pulang pada jam 12.15 tengah hari sebelum menemui kanak-kanak itu dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri dalam kereta.

Sehubungan itu, pengetua tadika direman selama tiga hari,manakala sebuah kereta jenis Proton Waja dan kunci kereta turut dirampas bagi membantu siasatan kematian kanak-kanak berkenaan. -Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2020/08/14/kanak-kanak-4-tahun-maut-tertinggal-dalam-kereta/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here