KJ individu pertama di Malaysia terima vaksin Sinovac

0
3

Nilam Oshman 

MENTERI Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin menjadi individu pertama di Malaysia menerima suntikan vaksin Sinovac keluaran China. 

Beliau yang menerima suntikan itu di Hospital Rembau, jam 1.32 tengah hari tadi, kelihatan tenang. 

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu disuntik vaksin berkenaan oleh Ketua Penyelia Jururawat Hospital Rembau, Salha Abd Samad. 

Selepas menerima suntikan itu, Khairy diminta untuk mengimbas kod dan diberi kad bagi mengesahkan beliau antara penerima suntikan vaksin Covid-19. 

Selain Khairy, seramai 10  individu iaitu petugas barisan hadapan terdiri anggota bomba dan RELA, menerima Vaksin berkenaan sebentar tadi. 

Sebelum ini Khairy mengakui wujud tanggapan sinis masyarakat bahawa orang kenamaan dan barisan hadapan kononnya mengambil vaksin yang baik iaitu Pfizer. 

Beliau dilaporkan berkata, tanggapan sinis sedemikian wujud sejak bekalan vaksin pertama dari Amerika Syarikat (AS) itu tiba di Malaysia. 

Sehubungan itu, beliau mengambil pendirian berbeza, dengan menawarkan diri untuk mendapatkan suntikan vaksin, selain Pfizer bagi mengukuhkan keyakinan masyarakat terhadap setiap keberkesanan pelalian yang diluluskan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here