Darurat ‘lesen’ Muhyiddin buat apa sahaja – Tun M

0
2

TUN Dr Mahathir Mohamad hari mencoret mengenai situasi semasa darurat di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang didakwa membolehkan Perdana Menteri berbuat apa sahaja.

Coretan bermula dengan isu kuarantin apabila bekas Perdana Menteri itu berkata orang biasa perlu dikuarantin 10 hari, namun hanya tiga hari bagi menteri.

“Darurat masih ada, Perdana Menteri boleh buat apa sahaja. Orang biasa 10 hari, Menteri 3 hari…COVID tentu kenal siapa dia?,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Bekas Perdana Menteri itu juga turut menzahirkan kekecewaan apabila budaya lompat parti di kalangan Ahli Parlimen untuk menyokong kerajaan semakin menjadi-jadi.

“Lompat menjadi-jadi. Dua, tiga lompat masuk Parti Kerajaan. Belum tentu Muhyiddin dapat majoriti. Lompat keluar tak tahu?

“Sebab lompat? Heh, Heh, Heh. Kita tahu la. ‘Cash is king’,” luahnya.

Dalam nada sinis, Dr Mahathir berkata, perniagaan politik lebih menguntungkan berbanding bisnes lain pada masa ini.

“Katanya ada tawaran lagi kepada parti lawan. Bisnes politik lebih untung dari bisnes-bisnes.

“Selain itu, berita palsu – ciptaan Dato Seri Najib dibatal oleh Pakatan Harapan (PH). Dibawa balik oleh Muhyiddin. Kenyataan Muhyiddin setaraf kelulusan Parlimen. Sebut sahaja, jadi undang-undang,” katanya.

Justeru, Dr Mahathir mempersoalkan keperluan mengadakan pilihan raya dan fungsi Parlimen sekiranya undang-undang mampu digubal tanpa persidangan dewan.

“Apa perlu Parlimen? Apa perlu pilihan raya? Habis masa, habis duit. Beli orang, panggil mereka wakil rakyat, Kerajaan tertubuh – selamat berbillion ringgit,” katanya.

Mengulas mengenai isu kompaun RM10,000, Dr Mahathir mendakwa ia sebagai cara kerajaan untuk mencari ‘duit’ dengan menaikkan kadar denda berkenaan.

“Tak cukup duit, naik denda. Tak bayar 10,000 pakai baju oren, masuk dalam. Salah satu billion okay. Dapat eskot polis.

“Boleh jadi ahli Parlimen. Nasihat Kerajaan. Malaysia boleh. Darurat semua boleh. Syabas Malaysia,” katanya.

Terdahulu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) bimbang pelaksanaan Ordinan Darurat Kuasa-Kuasa Perlu bagi mengekang berita palsu bakal menjadi pencetus lebih banyak perlaksanaan undang-undang tanpa terlebih dahulu melalui proses semak dan imbang di Parlimen.

Ketuanya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata tindakan Kerajaan PN menggubal undang-undang ini yang membelakangkan institusi Parlimen adalah jelas berlawanan dengan prinsip semak dan imbang serta konsep pengasingan kuasa. -Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/03/17/amk-bimbang-lebih-banyak-ordinan-darurat-muncul-tanpa-gubal-di-parlimen/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here