YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkesempatan singgah membeli buah-buahan di gerai berhampiran Kem Perdana Sungai Besi.
Baginda berhenti digerai terbabit ketika berangkat pulang dari Program Vaksinasi Covid-19 Peringkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Video berdurasi satu minit itu menunjukkan Yang di-Pertuan Agong beramah mesra dan tidak kekok ketika bertemu rakyat.
Penjual buah itu dilihat terkejut dan gementar kerana tidak menyangka dapat berjumpa Yang di-Pertuan Agong.
Baginda membeli buah-buahan seperti oren, anggur dan mangga tersebut buat Permaisuri Agong. – Malaysiapost

