Larangan rentas negeri masih kekal

0
2

KERAJAAN mengekalkan larangan bagi aktiviti merentas negeri ketika ini berikutan masih banyak negeri yang berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata rentas negeri hanya dibenarkan bagi aktiviti pelancongan antara negeri PKPP ke negeri PKPP lain.

Katanya, kebenaran itu tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) menerusi Program Gelembung Pelancongan Bersasar di bawan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

“Aktiviti rentas daerah dibenarkan kecuali di Sabah dan Sarawak atas permintaan kerajaan negeri tersebut,” katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here