PKR – Umno: Hanya berbincang, bukan kerjasama – Anwar

0
2

Najamuddin Mohd Nor

Kerjasama politik antara Umno dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih terlalu awal untuk diperkatakan.

Bagaimanapun Presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menafikan wujudnya rundingan secara tidak rasmi antara kedua-dua parti.

“Saya kata agak terlalu awal utk mengatakan persetujuan dan persefahaman, saya kata ada perbincangan dengan pimpinan Umno dan PKR

“Saya tak nafikan ada perbincangan, saya harap jangan memgandaikan hal ini seolah olah ada satu persefahaman,” katanya pada sidang media khas di Hotel Eastin Petaling Jaya, hari ini.

Anwar juga menegaskan, perbincangan tidak rasmi antara kedua-dua parti adalah sesuatu yang positif kepada politik negara.

“Belum ada kerjasama, kita baru berbincang, masih terlalu awal, tapi ini satu naratif baru kepada politik.

“Pendirian kita sekarang dia boleh menyokong tapi pandangan tentang kemungkinan masuk dan kita tak bincang.

“Saya kata ada ahli ahli parlimen (Umno) yang menyokong, tapi tiada keputusan daripada parti selain daripada keputusan mereka menolak kerjasama dengan Bersatu. Dan perbincangan itu masih berterusan sehingga kini,” katanya.

Suhu kerjasama politik antara PKR dan Umno kembali hangat susulan pendedahan Mingguan Malaysia wujud rundingan antara kedua-dua parti.

Sebelum ini, bekas Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa mendedahkan bahawa Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ingin membawa parti itu bekerjasama dengan PKR.-Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2020/10/16/kerjasama-politik-umno-bersatu-mulakan-rundingan-baharu/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here