Resolusi isu kalimah Allah akan dipersembah kepada Majlis Raja-Raja

0
2

SEMUA resolusi, usul dan pandangan dalam Munaqasyah Khas Isu-Isu Semasa Mufti-Mufti Seluruh Malaysia dan Alim Ulama’ Berkaitan Isu Kalimah Allah akan disampaikan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja untuk disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata munaqasyah khas itu telah berlangsung dengan jayanya hari ini.

“Saya mengucapkan sekalung penghargaan atas komitmen dan kesungguhan para Ashabus Samahah Mufti-Mufti dan para alim ulama’ yang dijemput bagi menyampaikan buah fikiran masing-masing.

“Insya-Allah setelah menerima titah perkenan daripada Majlis Raja-Raja, resolusi tersebut akan dimaklumkan,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Zulkifli seterusnya meminta umat Islam untuk terus bersatu hati bagi memartabatkan Islam sebagai agama Persekutuan dengan ilmu, iman dan amal.

“Keharmonian dan perpaduan rakyat Malaysia akan terus menjadi teras pembangunan negara yang kita cintai bersama,” katanya.

Minggu lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penganut Kristian seluruh negara menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan pendidikan agama itu.

Selain perkataan Allah, tiga lagi perkataan lain yang dibenarkan ialah Baitullah, Kaabah dan solat. – Malaysiapost

.
Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/03/15/isu-kalimah-allah-dibincang-dalam-munaqasyah-khas-mufti-esok/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here