TINDAKAN melabel Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai ‘ahli politik paling jahat abad ini’ adalah sangat kasar, namun tentu ada sebab cemuhan itu dibuat.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, berpendapat gelaran yang diberikan Timbalan Ketua Pemuda PKR, Syed Badli Shah Syed Osman itu memang kasar.
Menurutnya, dia sendiri tidak tergamak menggunakannya.
“Syed Badli Shah melabel Azmin Ali sebagai ‘ahli politik paling jahat abad ini’.
“Gelaran itu memang kasar. Saya tidak akan tergamak gunakannya. Azmin mesti sentap. Rasanya tahap marah Syed Bazli paling maksima.
“Tetapi apa puncanya cemuhan ‘paling jahat’ itu timbul,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Syed Badli Shah semalam dilaporkan menyifatkan Azmin sebagai ahli politik paling jahat abad ini dan berpendapat bekas Timbalan Presiden PKR itu bukan sahaja mempunyai tingkah laku tidak bermoral, malah telah lama merancang agenda lompat parti membabitkan Ahli Parlimen PKR. – Malaysiapost
Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/03/15/tingkah-laku-azmin-tak-bermoral/

