Peminta sedekah Suku Pala’uh diberkas polis, ingkar PKPP

0
2

SERAMAI sembilan wanita Suku Pala’uh (Bajau Laut) melakukan kegiatan meminta sedekah di jalan raya di dua lokasi di Lahad Datu, Sabah ditahan polis kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), pada Jumaat lalu.

Kesembilan-sembilan wanita berusia 17 tahun hingga 41 tahun itu dipercayai tidak memakai pelitup separuh muka dan berkumpul tanpa penjarakan fizikal dan tidak menghiraukan risiko jangkitan wabak Covid-19.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor, berkata operasi dijalankan selama satu jam itu, bermula 12 tengah hari sehingga 1 petang di kawasan lampu isyarat hadapan kedai D.I.Y, Bandar Lahad Datu dan lampu isyarat Bandar Sri Perdan, Lahad Datu menjadi lokasi utama kegiatan mengemis di kalangan suku Pala’uh yang boleh menyebabkan gangguan lalulintas.

Di samping itu, katanya seramai 25 kanak-kanak lelaki dan perempuan yang merupakan anak-anak kepada tahanan juga ditahan atas faktor kebajikan dan keselamatan.

“Kesalahan itu dikenakan mengikut Seksyen 32 Akta kanak-kanak 2001 (Akta 611) menyatakan kanak-kanak tidak boleh digunakan untuk mengemis.

“Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi RM5,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi (02) tahun atau kedua-duanya.

“Manakala, Seksyen 15 Ordinan kesalahan KECIL negeri Sabah (SABAH CAP. 80) menyatakan mana-mana orang berkelakuan tidak senonoh (mengemis) di tempat awam jika disabitkan kesalahan boleh di denda RM25.00 dan dipenjara 14 hari,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, lokasi utama kegiatan mengemis suku Pala’uh boleh menyebabkan gangguan lalulintas dan menurut Kaedah 41 LN 166/59 pejalan kaki tidak boleh berlengah-lengah di lintasan jalan.

” Kesalahan ini boleh dikompaun sebanyak RM300.00 jika pesalah
terlibat dalam kemalangan jalan raya.

“kes ini disiasat di bawah seksyen 269 kanun keseksaan, sekiranya didapati bersalah, boleh dijatuhi hukuman denda atau boleh dipenjarakan selama 6 bulan atau kedua-duanya sekali atas kesalahan perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan apa-apa penyakit yang berbahaya kepada nyawa.

“Selain daripada itu, pihak polis juga turut menjalankan siasatan di bawah peraturan 17 peraturan-peraturan pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit (langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) (kawalan pergerakan pemulihan) (N0.3) 2021, di atas kesalahan tidak memakai pelitup separuh muka dan berkumpul tanpa ada penjarakan fizikal yang boleh dijatuhkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya,” katanya. – Malaysiapost  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here