SELEPAS empat tahun bersama, penyanyi popular antarabangsa, Jennifer Lopez, 51, disahkan sudah berpisah dengan tunangnya, Alex Rodriguez, 49.
Difahamkan perpisahan itu disebabkan akibat kemelut dalam perhubungan yang tidak dapat diselesaikan.
Berita tersebut disahkan sumber terdekat pasangan itu kepada media antarabangsa.
“Kali terakhir mereka bertemu satu sama lain pada 1 Mac lalu. Sejak itu, mereka sudah tidak bersua muka lagi.
“Mereka juga mengambil masa yang lama juga untuk memikirkan dan membuat keputusan untuk perpisahan ini,” kata sumber tersebut.
Difahamkan, Lopez dan Rodriguez pernah bertemu dengan pakar kaunseling baru-baru ini bagi membantu memulihkan hubungan mereka.
Januari lalu, terdapat khabar angin mendakwa bekas pemain besbol pasukan Yanke itu curang dengan pelakon siri televisyen Southern Charm, Madison LeCroy.
Bagaimanapun, LeCroy menafikan perkara tersebut dan memberitahu dia tidak pernah bertemu dengan Rodriguez.
Lopez dan Rodriguez mengikat tali pertunangan pada Mac 2019 dan sebelum ini merancang untuk berkahwin pada Jun 2020 di Itali.
Namun, perkahwinan mereka ditunda akibat pandemik Covid-19. -Malaysiapost
Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2020/07/19/lufya-ingatkan-bekas-suami-jangan-lupa-anak/

