Berpada-pada berpolitik, tumpu bela rakyat – Annuar Musa

0
2

SEGELINTIR pihak lebih suka bermain politik setiap hari termasuk menghentam Proklamasi Darurat berbanding memberi tumpuan kepada permasalahan rakyat.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, berkata terdapat pihak di luar yang hanya mahu berpolitik dan dalam masa sama, kerajaan tidak mampu mengikut rentak sama apabila melibatkan soal kesihatan dan nyawa rakyat.

“Jika asyik berpolitik hampir setiap hari, ia tidak ke mana kerana jika kerajaan lambat bertindak, sudah pasti ramai yang akan terjejas dari aspek kesihatan dan ekonomi.

“Apabila Ordinan Darurat dilaksanakan, ia mengekalkan kestabilan negara supaya boleh maju ke hadapan dalam menghadapi perang melawan pandemik Covid-19.

“Ramai tidak faham bahawa apabila darurat, tengok dari sudut politik kononnya kerajaan mahu matikan demokrasi tetapi bagi orang yang ikhlas, ia pasti melihat dari aspek yang positif,” katanya seperti dilapor Utusan Online hari ini.

Annuar berkata, darurat sebegini adalah yang pertama kali mempunyai tempoh masa sedangkan darurat sebelum ini, tiada tempoh masa.

Katanya, pelaksanaan darurat kali ini adalah khusus bagi membolehkan kerajaan memerangi Covid-19 tanpa ganggu-gugat dari aspek politik.

“Darurat kali ini hanya enam bulan sahaja dan dalam tempoh itu, tiada gangguan politik, tiada kerenah birokrasi bagi menggubal undang-undang yang selalunya memakan masa lima hingga tujuh bulan.

“Ini membolehkan sesuatu peraturan dan undang-undang dapat dibuat cepat mengikut keperluan semasa situasi ancaman Covid-19.

“Kita dapat mengawalnya cara kita, apabila perlu ketat, kita ketatkan dan jika situasi sudah stabil, kita longgar supaya rakyat dan ekonomi tidak terjejas,” katanya. -Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/03/01/politik-makin-memualkan-rakyat-sudah-bosan/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here