Azmin beri ‘hint’ ramai lagi akan lompat parti, sertai PN

0
2

KETUA Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilihat seolah-olah memberi bayangan akan lebih ramai wakil rakyat pembangkang meninggalkan parti.

Maksud tersirat Azmin dizahirkan dalam ciapan akaun Twitter miliknya, hari ini yang sekali gus mencetuskan tanda tanya dan spekulasi.

“1+1+1+…… dan seterusnya. Alhamdulillah. Kekal tenang,” katanya.

Terdahulu, Xavier mengumumkan meletak jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan keluar parti itu, hari ini.

Selaras pengumuman untuk keluar PKR yang disertai sejak parti tertubuh pada 1998, bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli itu menyatakan sokongan terhadap kerajaan PN sebagai Ahli Parlimen Bebas.

Xavier berkata, beberapa insiden yang berlaku sepanjang tahun ini, khususnya membabitkan usaha mendesak pilihan raya diadakan segera, menyebabkan beliau kecewa dan nekad meninggalkan satu-satunya parti yang pernah disertai sepanjang kerjaya politiknya.

Xavier turut menyatakan pendiriannya sebagai Ahli Parlimen Bebas menerusi satu surat bertarikh 12 Mac 2021 kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan.

Beliau merupakan wakil rakyat PKR ketiga dalam tempoh dua minggu yang keluar parti selepas ahli Parlimen Julau, Larry Sng dan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong meninggalkan parti dan kini menjadi ahli Parlimen bebas. -Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/03/13/ada-lagi-yang-akan-sertai-pn-ahmad-faizal/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here