‘Lompat parti satu kaedah penyucian dosa?’ – Asyraf Wajdi

0
2

APAKAH lompat parti satu kaedah menyucikan dosa-dosa orang politik, soal Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Persoalan itu susulan daripada tindakan Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Xavier Jayakumar yang mengumumkan peletakan jawatan Naib Presiden PKR dan keluar parti itu, hari ini.

“Apakah perbuatan khianat yang dilakukan pemimpin politik wajar menjadi satu budaya atau norma baharu dalam masyarakat terutamanya generasi muda negara?

“Atau wajarkah budaya lompat parti dibenarkan atas nama kebebesan individu untuk berpersatuan dan berorganisasi? Maka atas justifikasi kebebasan ini, terserahlah untuk individu sama ada mahu melompat ke mana-mana parti yang menjadi pilihan hati!,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Dalam pada itu, Asyraf turut meminta pandangan orang ramai mengenai budaya Lompat Parti dikalangan pemimpin politik masa kini.

“Apa pandangan semua mengenai Budaya Lompat Parti dikalangan pemimipin politik masa kini?,” katanya.

Terdahulu, Xavier mengumumkan meletak jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan keluar parti itu, hari ini.

Selaras pengumuman untuk keluar PKR yang disertai sejak parti tertubuh pada 1998, bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli itu menyatakan sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai Ahli Parlimen Bebas.

Xavier berkata, beberapa insiden yang berlaku sepanjang tahun ini, khususnya membabitkan usaha mendesak pilihan raya diadakan segera, menyebabkan beliau kecewa dan nekad meninggalkan satu-satunya parti yang pernah disertai sepanjang kerjaya politiknya.

Sementara itu, Xavier turut menyatakan pendiriannya sebagai Ahli Parlimen Bebas menerusi satu surat bertarikh 12 Mac 2021 kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan.

Dalam surat itu, Xavier memaklumkan beliau membuat keputusan menjadi Ahli Parlimen Bebas yang menyokong kerajaan, berkuat kuasa semalam.

Bulan lalu, pegawai kanan Xavier yang juga pemimpin kanan PKR Perak ditahan SPRM bersama dua pengarah syarikat di Ipoh berhubung siasatan kes rasuah bernilai jutaan ringgit melibatkan kementerian itu semasa pentadbiran Pakatan Harapan.

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/03/13/lagi-ahli-parlimen-pkr-keluar-parti/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here