Lagi Ahli Parlimen PKR keluar parti

0
3

DATUK Dr Xavier Jayakumar mengumumkan untuk keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), sekali gus melepaskan jawatannya sebagai Naib Presiden parti itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Dr Xavier mengumumkan tindakannya itu berkuat kuasa serta merta untuk meninggalkan PKR yang disertai sejak 1998.

Menurutnya, keputusan meninggalkan PKR kerana kecewa dengan tindakan pucuk pimpinan yang terlalu asyik membincangkan agenda Pilihanraya Umum, sepatutnya bukan menjadi keutamaan parti itu ketika ini.

Katanya, PKR patut memberi keutamaan membantu kerajaan untuk mengekang pandemik Covid-19 dengan mencipta peluang pekerjaan serta membangunkan ekonomi negara.

“Kita akan mengambil masa paling kurang 18 bulan untuk menyempurnakan program vaksin negara dan memerlukan lebih dua tahun untuk memulihkan ekonomi negara,” katanya hari ini.

Xavier berkata, dirinya akan menumpukan tanggungjawabnya sebagai Ahli Parlimen Kuala Langat dan yakin dapat membantu rakyat di kawasannya setelah keluar daripada PKR ini.

Malaysiapost difahamkan, beberapa lagi Ahli Parlimen PKR akan mengumumkan keluar daripada parti itu dalam masa terdekat ini. -Malaysiapost

Artikel berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here