23 daerah zon hijau Covid-19

0
2

SECARA keseluruhan 11 daerah di semenanjung Malaysia kini kembali menjadi zon hijau daripada jangkitan Covid-19. 

Keadaan itu berdasarkan pergerakan 14 hari taburan kes Covid-19 mengikut daerah dari 26 Februari hingga hari ini. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata daerah berkenaan membabitkan empat negeri iaitu Kedah, Terengganu, Pahang dan Perak. 

“Pergerakan 14 hari taburan kes Covid-19 mengikut daerah di Malaysia menunjukkan 11 daerah di semenanjung telah kembali ke zon hijau.

“Sila duduk di rumah dan jika terpaksa keluar patuhilah segala prosedur operasi standard (SOP). Kita perlukan tahap disiplin tinggi untuk memutuskan jangkitan Covid-19 dalam negara kita,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Berdasarkan info grafik yang dikongsinya, kesemua daerah berkenaan adalah Kota Setar, Kubang Pasu, Padang Terap, Langkawi dan Yan di Kedah. 

Di Terengganu adalah Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu, manakala di Pahang membabitkan daerah Raub dan Cameron Highlands. 

Daerah yang kembali menjadi zon hijau di Perak pula adalah Hulu Perak dan Kampar. 

Sementara itu, Sarawak mencatatkan 11 daerah berada di zon hijau iaitu Limbang, Simunjan, Lawas, Pakan, Tebedu, Daro, Lubok Antu, Matu, Kabong, Tanjong Manis dan Telang Usan. 

Di Sabah pula hanya satu daerah berada di zon hijau iaitu Tongod. – Malaysiapost 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here