Kalimah Allah: Umat Islam sedia ‘mengajar’ kerajaan

0
2
Datuk Razlan Rafii

Aiman Hanif

KERAJAAN perlu segera memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Razlan Rafii, berkata umat Islam sedia “mengajar kerajaan” sekiranya gagal bertindak dalam menangani isu berkenaan.

Katanya, umat Islam sedia ke turun jalan raya bagi mempertahankan kalimah suci itu.

“Kita sedia mengajar kerajaan…Umat Islam sedia turun ke jalan raya bagi mengajar kerajaan sekiranya kerajaan gagal mengambil tindakan.

“Saya lihat sehingga kini belum ada tindakan drastik daripada kerajaan, hendak failkan rayuan satu jam saja diperlukan.

“Bahkan tiada menteri yang bersuara lagi bagi menjawab isu ini,” katanya kepada Malaysiapost.

bagi memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi,” katanya kepada Malaysiakini, hari ini.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa kerajaan telah melakukan kesilapan dalam mengeluarkan larangan penggunaan kalimah “Allah” pada tahun 1986 kepada masyarakat bukan Islam.

Justeru, mahkamah sama memutuskan seorang wanita Kristian yang berbangsa Melanau berhak menggunakan kalimah “Allah” untuk tujuan keagamaan dan pendidikan.

Hakim Nor Bee Ariffin hari ini membenarkan tindakan undang-undang oleh Jill Ireland dalam kemelut yang berlarutan hampir 13 tahun.

Pada 11 Mei 2008, CD berjudul ‘Cara Hidup Dalam Kerajaan Allah’, ‘Hidup Benar Dalam Kerajaan Allah’ dan ‘Ibadah Yang Benar Dalam Kerajaan Allah’, telah dirampas daripada Jill Ireland sebaik dia tiba di Terminal Tambang Murah (LCCT) di Sepang.

Dalam pada itu, Razlan menuntut menteri yang berkaitan supaya memberi penjelasan sewajarnya berhubung perkara itu.

“Oleh itu kita menuntut penjelasan daripada menteri yang sepatutnya, apa tindakan selanjutnya.

“Isu ini perlu ditangani segera demi keharmonian masyarakat berbilang kaum kerana hari ini umat Islam sedang bercakap mengenainya,” katanya.

Terdahulu, hari ini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil maklum keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam berkaitan isu kalimah Allah dan hal-hal lain yang dibawa oleh Jill Ireland Lawrence Bill terhadap KDN.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata dalam hal itu, KDN akan memutuskan tindakan susulan daripada aspek perundangan selepas menerima alasan penghakiman secara bertulis dari pihak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here