Kalimah Allah: Bukan kekalahan, tapi langkah ke depan – Firdaus Wong

0
2

PENDAKWAH yang juga Presiden Multiracial Reverted Muslim (MRM), Firdaus Wong Wai Hung, berpendapat keputusan mahkamah membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan agama Kristian, memberi ruang kepada pihaknya untuk berdakwah. 

Menurutnya, mahkamah telah membuat keputusan dan biar pihak yang pakar dalam undang-undang mencabarnya dan Asatizah pula mengulas dari segi dalil agamanya.

“Sedangkan kami di R&D Team MRM pula akan berkongsi dengan sahabat bagaimana untuk menggunakan keputusan mahkamah membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Alkitab Bahasa Melayu untuk berdakwah.

“Insya-Allah bukan satu tetapi banyak yang kami akan kongsikan dengan sahabat secara bersiri,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini. 

Beliau berkata, ada hikmah berhubung isu itu dan ia bukan kekalahan tetapi satu langkah ke depan untuk berdakwah. 

“Insya-Allah kami akan menyiapkan artikel bagaimana untuk menggunakan nama Allah dalam Alkitab untuk berdakwah. Nantikan perkongsian R&D Team MRM,” katanya. 

Semalam, Hakim Nor Bee Ariffin membuat keputusan itu selepas membenarkan perisytiharan yang dibuat seorang wanita Melanau dari Sarawak, Jill Ireland Lawrence Bill bahawa hak perlembagaannya untuk mengamalkan agamanya dihalang dengan sekatan atau melarang pengimportan bahan pendidikan.

Selain perkataan ALLAH, tiga lagi perkataan lain yang dibenarkan ialah Baitullah, Kaabah dan solat.

Bagaimanapun, penggunaan perkataan itu perlu disertakan dengan penafian hanya untuk orang Kristian dan lambang salib di muka hadapan kulit buku. – Malaysiapost


Artikel berkaitan: https://malaysiapost.com.my/2021/03/11/penggunaan-kalimah-allah-semak-semula-keputusan-mufti/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here