Umno tiada kata dua untuk PAS

0
2

UMNO tidak akan memberi kata dua kepada PAS yang dilihat memilih untuk bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Perikatan Nasional (PN), kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata, Umno dan PAS terlebih dulu menjalinkan kerjasama melalui Muafakat Nasional (MN).

“Itu hak pas untuk bersama PPBM (Bersatu) tiada kaitan dengan Umno yang ingin memperkuatkan hubungan dengan PAS.

“Hubungan PAS dan Umno bermula lebih awal berbanding hubungan PAS dengan PPBM dalam PN.

“Jadi tak ada sebab kenapa kami perlu beri kata dua,” katanya ketika ditemui di ibu pejabat Umno, malam ini.

Terdahulu, Umno dan PAS malam ini bermesyuarat bagi membincangkan agenda membabitkan MN.

Kerjasama antara dua parti itu kini menjadi tanda tanya apabila Umno mengumumkan tidak akan bersama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), manakala PAS pula membuat keputusan kekal menjadi komponen PN.

(Laporan penuh menyusul)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here