Norliah Noah dilantik Pemangku Presiden, CEO Kumpulan Prasarana

0
2
Datin Norliah Noah

PRASARANA Malaysia Berhad (Prasarana) hari ini mengumumkan pelantikan Datin Norliah Noah sebagai Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan itu berkuatkuasa serta-merta.

Ketika mengumumkannya, Pengerusi Kumpulan Prasarana, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata pelantikan itu dibuat selepas perkhidmatan bekas CEO, Muhammad Nizam Alias ditamatkan baru-baru ini, lapor Malaysia Gazette.

“Ahli Lembaga Pengarah telah bermesyuarat dua, tiga kali akhirnya buat pertimbangan ini namun tidak dihebahkan untuk menjaga nama masing-masing,” katanya kepada media selepas lawatan ke Depoh Transit Aliran Ringan (LRT) Ampang hari ini.

Mengulas lanjut, Tajuddin berkata beliau yakin Norlia yang sebelum memikul tanggungjawab sebagai Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Prasarana dan telah berkhidmat dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu sejak tahun 2004, mampu menggalas amanah yang diberikan.

Norlia juga pernah memegang jawatan penting seperti Pengarah Projek LRT3, Ketua CAPEX Rel dan Ketua Pegawai Teknikal Kumpulan Prasarana sebelum dilantik Ketua Pegawai Operasi Kumpulan tahun lalu.

Sementara itu Tajuddin mengumumkan pelantikan bekas Ketua Pengarah Pusat Governans, Intergriti dan Anti-Rasuah Nasional, Tan Sri Abu Kassim Mohamed sebagai anggota Lembaga Pengarah Kumpulan Prasarana yang baharu.

Turut dilantik menganggotai Lembaga Pengarah ialah bekas Ketua Pengarah Jabatan Imigeresen, Datuk Seri Mustafar Ali, juga pernah memegang jawatan tinggi di SPRM.

Pelantikan kedua-duanya berkuatkuasa 15 Februari lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here