PH lantik jurucakap bincang kerjasama dengan Umno – Anwar

0
3

PAKATAN Harapan (PH) akan melantik seorang jurucakap bagi membincangkan kerjasama dengan Umno sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata pada masa ini PH telah memulakan proses rundingan kerusi bagi menghadapi PRU-15, termasuk mengambil kira kerusi bagi parti-parti sekutu lain.

Katanya, ia termasuk kemungkinan menjalinkan kerjasama dengan Umno.

“Pada tahap ini kita akan lantik seorang jurucakap (untuk kerjasama dengan Umno).

“Malah, kita juga tidak menolak kemungkinan untuk bekerjasama dengan Umno dalam PRU akan datang susulan keputusan parti itu minggu lalu untuk tidak meneruskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada PRU-15 akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media malam tadi sempena pelancaran inisiatif baru PKR bagi membantu wanita yang berdepan masalah, sempena Hari Wanita Antarabangsa.

Dalam pada itu, Anwar berkata, dalam soal kerjasama pihaknya jelas menerima sesiapa sahaja yang boleh menerima PH dalam mendukung tadbir urus yang baik.

“Ia termasuk, menolak rasuah, menolak segala bentuk penyelewengan dan salah guna kuasa serta menjaga hak orang Melayu, bumiputera dan semua kaum,” katanya.

Baru-baru ini, Umno membuat keputusan menamatkan kerjasama dengan Bersatu pada PRU-15 melalui surut yang dihantar Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Semalam, Malaysiapost melaporkan, Umno tiada perancangan untuk bekerjasama dengan PH bagi menghadapi PRU-15.

Pengarah Pilihan Raya Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, keputusan parti setakat ini hanyalah akan bekerjasama dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) dan juga PAS seperti yang ditandatangani dalam Piagam Muafakat Nasional (MN). -Malaysiapost

Artikel berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here