Pihak pecahkan undi Melayu ejen DAP,PH – Wan Saiful

0
3
Malay Mail

Nurul Huda Abhar

PIHAK yang sengaja mahu memecahkan undi Melayu dan mahu melihat bangsa itu lemah adalah ejen DAP dan Pakatan Harapan (PH).

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, DAP dan PH memang mahukan penjajaran baru yang boleh melemahkan Melayu.

Tegasnya, bagi tujuan tersebut maka ejen DAP dan PH mungkin akan datang dalam pelbagai bentuk.

“Saya juga amat menghargai pandangan Datuk Seri Tuan Ibrahim yang dilaporkan berkata: “Bila kita dukung kerajaan, kita dukunglah kerajaan Perikatan Nasiona(PN) ini. Jangan timbul pandangan yang menyebabkan situasi tidak berapa selesa untuk rakyat”.

“Pandangan beliau bersesuaian dengan akhlak berorganisasi dalam satu jemaah atau satu keluarga. Bila kita berada dalam sesuatu keluarga, maka janganlah sengaja timbulkan pandangan yang mengguris ahli keluarga.

“Kita mesti sentiasa menjaga semangat kekeluargaan, bukan kerap kali berusaha meruntuhkan kesatuan yang ada untuk agenda peribadi,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Wan Saiful berkata, ketika negara berdepan detik sukar, rakyat mahu kerajaan fokus kepada kebajikan dan pembinaan ekonomi.

Katanya, perkara yang mengusutkan suasana seharusnya disimpan terlebih dahulu dan jangan menjadi ejen merosakkan kestabilan politik negara.

“Keutamaan kita mestilah kestabilan dan kepentingan rakyat terbanyak. Bukan isu yang penting secara peribadi kepada lima enam orang saja,” ujarnya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here