Ikram beri kerjasama siasat kematian Nik Khatijah

0
3

PERTUBAHAN Ikram Malaysia (Ikram) berjanji akan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam siasatan polis melibatkan kematian kakitangannya yang juga Pengurus Jabatan Advokasi, Nik Khatijah Nik Mud, 32.

Pejabat Setiausaha Agung Ikram berkata, sepertimana yang dilaporkan oleh pihak media, kes kematian mangsa kini di bawah siasatan pihak polis.

“Justeru itu, Ikram telah, sedang dan akan terus memberikan kerjasama yang sepenuhnya bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.

“Kebajikan keluarga dan waris arwah juga sedang diuruskan. Mohon kepada semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi bagi menghormati perasaan keluarga dan sahabat handai,” katanya dalam kenyataan semalam.

Sementara itu, katanya, kematian arwah amat mengejutkan seluruh kakitangan Ikram.

“Marilah kita sama-sama menitipkan doa semoga roh arwah dicucuri rahmat dan memperoleh keampunan daripada Illahi,” katanya.

Semalam, seorang wanita ditemui mati dengan kesan jerutan di leher di sebuah rumah di Taman Bangi, Jalan Reko, Kajang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata mangsa merupakan individu yang sama dilaporkan hilang pada Sabtu lalu iaitu Nik Khatijah Nik Mud, 32.

Difahamkan, mangsa juga merupakan bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Uiam) yang berkhidmat dengan Ibu Pejabat Ikram sejak 2013 sebagai eksekutif Jabatan Wanita dan kini sebagai Pengurus Jabatan Advokasi. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here