‘Kenapa susah nak faham bahasa Guan Eng?’ – soal Najib

0
2

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membidas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berhubung dakwaan bahawa Umno ‘bermain dua kolam’ sama seperi PAS.

Najib berkata, bekas Menteri Kewangan itu seakan-akan ‘tidak faham bahasa’ apabila dilihat gagal memahami pendirian Umno yang konsisten akan bersama kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Pagi tadi, Guan Eng tuduh Umno ‘main dua kolam’ sebab kita masih memberi sokongan dan tetap berada dalam kerajaan PN walaupun sudah putuskan untuk tidak bersama PPBM (Bersatu) dalam PRU-15 adalah seperti parti PAS ‘bermain dua kolam’.

“Kenapa susah nak faham Bahasa, Guan Eng? Dari dulu-dulu lagi sejak kerajaan PN ganti PH, Umno sudahpun putuskan bahawa kita bersama kerajaan PN sehingga PRU15,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, Umno dan Barisan Nasional tidak akan mungkir janji serta ‘bermain dua kolam’ seperti dakwaan Guan Eng itu.

“Umno dan BN ‘steady’. Umno dan BN tak mungkir janji, kita tak main benda manifesto bukan kitab suci dan kita tak ‘main dua kolam’,” katanya.

Terdahulu, Guan Eng menyifatkan tindakan Umno yang masih memberi sokongan dan tetap berada dalam kerajaan PN walaupun sudah memutuskan untuk tidak bersama Bersatu dalam PRU-15, sama seperti PAS yang ‘bermain dua kolam’.

Guan Eng dilapor berkata, keadaan itu menunjukkan Umno sememangnya mempunyai kecenderungan untuk menguasai apa juga keadaan dalam pilihan raya akan datang.

Melihat sikap Umno itu, Guan Eng mengaku beliau sendiri tidak pasti apa pendirian sebenar Umno.

“Kalau Umno sudah buat keputusan yang jelas bahawa mereka tidak mahu bersama Bersatu, maka harus tinggalkan kerajaan tetapi tidak, Umno masih bersama dengan kerajaan,” katanya. -Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/03/04/pas-tetap-mahu-umno-dan-bersatu-duduk-semeja-idris-ahmad/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here