JPJ buru pemilik motosikal dibonceng pelajar hina guru

0
2

PEMILIK motosikal yang digunakan pelajar dengan tulisan menghina guru di baju sekolah tempoh hari sedang diburu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Pengarah JPJ Kelantan, Hanif Yusabra Yusuf berkata pelajar yang membonceng motosikal itu tidak memakai topi keledar dan pihaknya mengeluarkan notis temu siasat mengikut seksyen 114 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kepada pemiliknya.

Menurutnya, menunggang dan membonceng motosikal tanpa memakai topi keledar adalah kesalahan yang boleh didakwa mengikut kaedah 4 Kaedah-Kaedah Motosikal (Topi Keledar) 1973.

“Bagi kesalahan mempamerkan nombor pendaftaran tidak mengikuti spesifikasi yang ditetapkan juga boleh diambil tindakan mengikut kaedah 6 Kaedah- Kaedah Kenderaan Bermotor (Pendaftaran dan Pelesenan) 1959.

“Sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa denda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjara tidak melebihi enam bulan,” katanya dalam kenyataan, dipetik daripada Berita Harian, hari ini.

Hanif Yusabra berkata, pihaknya memandang serius isu keselamatan jalan raya dan menasihatkan ibu bapa memantau aktiviti anak-anak, supaya tidak terbabit dengan aktiviti tidak sihat.

“Kami juga ingin menasihatkan kepada masyarakat mematuhi undang-undang lalu lintas, supaya tidak membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here