Khasiat produk SAAPUU mampu ubati pelbagai penyakit kulit

0
2

PRODUK SAAPUU yang boleh membantu mengubati masalah kulit seperti Psoriasis, eczema, masalah ruam susu dan jangkitan kuman pada kulit kini semakin menampa nama di pasaran.

Pengasas SAAPUU, Rosniwati Beharom, 45, berkata suaminya antara testimoninya yang terawal kerana mengalami penyakit Psoriasis.

“Psoriasis dia mula dikesan pada 1998 yang mana masa itu dia sendiri pun tak menyedari itu adalah psoriasis.

“Semakin hari kulitnya mengalami kegatalan dan tidak keselesaan terutama apabila terkena pancaran matahari dan terdedah dengan cuaca panas dan berpeluh.

“Jadi inilah salah satu punca dan sebab utama saya mengeluarkan Produk SAAPUU ini,” katanya.

Rosniwati berkata kisahnya bermula semasa suaminya menemukan produk yang sesuai untuk kulitnya yang mana setiap kali menggunakannya kegatalan dan psoriasis telah jarang keluar dan secara tidak langsung mengurangkan kegatalan.

Katanya, selepas beberapa tahun, tercetus idea untuk menghasilkan produk itu agar dapat memberi manfaat kepada orang ramai terutama mereka yang menghidap psoriasis.

Berkongsi berkenaan produk SAAPUU, beliau menyediakan pilihan dua variasi kepada pelanggan.

“Set rangkaian produk Saapu hadir.dalam dua jenis iaitu dalam bentuk gel sabun dan gel sapu. Harga untuk dua produk itu dalam lingkungan RM150. Kita juga jual secara berasingan dengan harga istimewa.

“Ada yang anggap harga produk ini mahal di saat situasi pandemik Covid-19. Tapi jika dibandingkan dengan kualiti dan manfaatnya, harga ditawarkan cukup berbaloi.

“Malah kita juga mahu terus berusaha melakukan penjenamaan untuk produk ini secara habis habisan. Kalau diizinkan saya sendiri mahu digelar Ratu Saapuu. Kita juga ada strategi menawarkan hadiah termasuk wang tunai untuk stokis, agen, dropship dan pembeli,” katanya.

Beliau memaklumkan produk dikeluarkannya telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM) dan telah menjalani ujian makmal.

Mereka yang ingin menjana pendapatan atau mahu membeli produk tersebut, boleh layari www.saapuu.com – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here