Penguat kuasa di Labuan sudah divaksin

0
2

KEBANYAKAN penguat kuasa di pulau bebas cukai di sini sudah menerima suntikan vaksin Covid-19, sejak pelancaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, peringkat Labuan pada 27 Februari lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Labuan, Rithuan Ismail, berkata agensi penguatkuasaan itu ialah petugas barisan hadapan di bawah Pusat Kawalan Operasi Bencana.

“Bukan semua ketua agensi kerajaan di sini ditawarkan bagi fasa pertama pelalian,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Beliau berkata, Wilayah Persekutuan Labuan yang mempunyai populasi 103,000 orang, merekodkan penerima dos pertama vaksin Covid-19 paling ramai di Malaysia iaitu 1,946 orang berdasarkan nisbah setiap 100,000 penduduk, setakat hari ini.

Labuan mempunyai tiga pusat pemberian vaksin iaitu Klinik Kesihatan Membedai, Hospital Labuan dan Rumah Sakit Angkatan Tentera di Pangkalan Udara Labuan.

Rithuan berkata, vaksinasi ke atas 450 petugas barisan hadapan di Hospital Labuan selesai pada Khamis. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :
https://malaysiapost.com.my/2021/03/05/zuraida-mp-jempol-dan-96-petugas-pkrc-serdang-terima-vaksin-covid-19/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here