KLUSTER baharu yang berpunca daripada sebuah aktiviti ceramah keagamaan direkodkad hari ini melibatkan daerah Larut, Matang, dan Selama di Perak.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes indeks dalam kluster itu dilaporkan positif Covid-19 pada 22 Februari 2021 hasil saringan pra pembedahan.
“Kluster ini melibatkan sebuah aktiviti ceramah keagamaan yang berlangsung pada 19 Februari 2021 di Jalan Senu, Kampung Repoh, Batu Kurau.
“Sehingga 5 Mac 2021, sejumlah 52 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini,
Dr Noor Hisham berkata, jumlah kluster aktif di Malaysia sebanyak 488 kluster.
Menurutnya, kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Batu Empat (310 kes), Kluster Kampung Nyatoh (72 kes), dan Kluster Perusahaan Jalan Bukit (51 kes).
“KKM juga ingin memaklumkan terdapat 10 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan lapan kluster berkaitan tempat kerja dan masing-masing satu kluster yang melibatkan keagamaan dan komuniti,” ujarnya.
Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti berikut :
1 Tapak Bina Jalan Zamrud Selangor
2 Jalan Dato Sellathevan Selangor
3 Industri Cheras Jaya Selangor
4 Meranti Utama Selangor
5 Kampung Nyatoh Selangor dan Negeri Sembilan
6 Persiaran Alam WP Kuala Lumpur
7 Jalan Mutiara Barat WP Kuala Lumpur dan Selangor
8 Perusahaan 10 Pulau Pinang
9 Kuala Punteh Sabah
10 Jalan Senu Perak

