KES positif harian Covid-19 masih berada dalam angka dua ribu, di mana sebanyak 2,154 jangkitan baharu dicatatkan hari ini.
Ia meningkat naik daripada catatan kes positif baharu yang direkodkan semalam adalah 2,063.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, kes sembuh pula adalah sebanyak 3,275 kes menjadikan keseluruhan 286,904 kes telah sembuh atau 92.52 peratus, manakala kes aktif adalah 22,034 kes.
“Daripada kes baru berkenaan 2,149 kes adalah kes tempatan dan lima lagi kes import.
“Kes kematian baru pula adalah enam kes dan jumlah keseluruhan kes kematian Covid-19 sebanyak 1,159,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 794 kes, diikuti Johor (463), Sarawak (250) dan Pulau Pinang (119).
Dr Noor Hisham berkata, kes yang masih dirawat di Unit Rawatan Rapi sebanyak (184) dan yang memerlukan bantuan alat pernafasan (87) kes. – Malaysiapost

