ISU perosak rumah tangga hangat menjadi buah mulut orang ramai terutamanya apabila ia turut membabitkan golongan selebriti.
Namun bagi penyanyi Haiza Hanafi, dia tidak berniat mengambil kesempatan berhubung kekecohan itu dengan melancarkan lagu terbaharunya iaitu ‘Mantan Isterimu’.
“Sebenarnya ia kebetulan sebab kita rekod lagu ini masa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) tahun lepas, kita tak terfikir akan nada cerita-cerita kes curang ni.
“Jika orang nak kaitkan dengan apa yang berlaku tu, terpulang kepada anda. Sebabnya ada beberapa kes melibatkan kawan-kawan saya juga.
“Memang tiada niat langsung dan kebetulan sahaja,” katanya seperti dilaporkan mStar.
Menurutnya lagi, lagu ini bukanlah menyokong tindakan perampas suami orang seperti yang didakwa segelintir pihak namun hanya menceritakan tentang situasi sebenar.
“Selalu orang kata isteri baru adalah jahat, bekas isteri baik. Jadi saya nak tunjuk satu sisi lain iaitu isteri baru adalah baik. – Malaysiapost
Artikel berkaitan :
https://malaysiapost.com.my/2021/03/04/engku-emran-bertunang-dengan-kakak-neelofa/

