Lompat parti: Ahli Parlimen Tebrau nafi terima RM20 juta

0
2

AHLI Parlimen Tebrau, Steven Choong menafikan menerima RM20 juta untuk memberi sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Steven berkata, beliau tidak menerima walaupun satu sen, tetapi sekadar meminta Perdana Menteri menyediakan platform kepadanya untuk berbakti.

Memetik laporan China Press, Steven berkata, pelbagai pihak bagaimanapun memfitnahnya termasuk mendakwa kononnya beliau terlibat dalam ketirisan cukai.

“Sebagai akauntan bertauliah, tidak mungkin saya boleh terus berada dalam bidang ini jika saya lari cukai,” katanya.

Mengenai tindakan meninggalkan PKR, Steven berkata, beliau tidak keluar parti, tetapi telah dipecat.

“Saya sokong Perdana Menteri kerana beliau berjanji untuk beri persada untuk membantu pengundi serta perusahaan kecil dan sederhana.

“Tentang apakah jawatan itu, saya serah kepada Perdana Menteri,” katanya.

Menurutnya, pelbagai masalah di Tebrau termasuk aduan perusahaan kecil dan sederhana serta syarikat asing hanya boleh diselesaikan melalui koordinasi pelbagai kementerian.

Mengenai label yang diterimanya sebagai ‘orang Azmin’ , Steven berkata, beliau tidak berada di mana-mana kem dalam PKR.

“Apa yang berlaku sekarang tidak ada kaitan dengan kem,” katanya.

Sebelum ini, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Ahli Parlimen Tebrau dan Julau ditawarkan jutaan ringgit untuk meninggalkan parti itu dan PN.

Anwar berkata, beliau yakin kedua-dua Ahli Parlimen itu menerima tekanan lain selain daripada tawarkan dengan sejumlah wang.

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/03/02/2-mp-lompat-parti-saya-dapat-maklumat-libatkan-jutaan-ringgit-anwar/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here