Umno tunggu apa lagi, keluar dari kerajaan PN segera – Ku Li

0
2
KUALA TERENGGANU, 24 Jun -- Calon Presiden UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah yang juga Anggota Parlimen Gua Musang ketika hadir pada majlis ramah mesra calon presiden bersama ahli UMNO negeri di sebuah hotel, hari ini. -- fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

SEMUA ahli Umno yang berada dalam kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dinasihatkan segera meletakkan jawatan. 
Veteran Umno, Tengku Razaliegh Hamzah atau Ku Li, menegaskan tindakan itu perlu dilakukan bagi menjaga maruah diri dan parti Umno. 
“Nasihat ikhlas saya kepada semua ahli-ahli Umno yang berada dalam kerajaan dan GLC, Muhyiddin (Perdana Menteri) dah ugut hendak buang kita, tunggu apa lagi, berhenti segera (letak jawatan) dan jaga maruah diri serta parti Umno,” katanya. 
Beliau turut mencadangkan supaya Majlis Tertinggi (MT) Umno segera bermesyuarat untuk meminda keputusan mahu bersama Perikatan Nasional (PN) sehingga Parlimen dibubar. 
“Silap perhitungan? Putus hubungan dan keluar dari kerajaan PN sekarang. 
“Berhenti main wayang kulit! Tiada faedah dan tiada kesan,” tegas Ahli Parlimen Gua Musang itu.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here