Kerajaan akan terus perkasa tahap keselamatan siber negara – Ismail Sabri

0
2
Ismail Sabri

Nilam Oshman

KEMENTERIAN Pertahanan akan menambahbaik dan memperkasakan tahap keselamatan siber negara bagi menangani isu ancaman serangan dan melindungi kerahsiaan kerajaan.

Sehubungan itu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kementerian itu telah mengadakan kerjasama dengan negara serantau dan antarabangsa untuk menjaga keselamatan siber negara daripada ancaman luar.

Katanya, beberapa agensi di dalam negara seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) turut serta bagi memastikan keselamatan siber negara terus terjamin.

“Perang hari ini bukan perang secara fizikal saja tapi perang siber, kita dah ada bahagian siber dan elektromagnetic pertahanan untuk ‘cyber defense’ kita.

“Kita juga mengadakan kerjasama dengan negara-negara serantau dan antarabangsa bagi menangani isu serangan siber.

“Kementerian turut bekerjasama dengan agensi-agensi di dalam negara. Kita ada dua fokus iaitu luar negara dan dalam negara yang membabitkan SKMM, Center Of Excellent Cyber Security for UPNM, Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) di bawah MKN,” katanya dalam sidang media khas sempena setahun Malaysia Prihatin.

Beliau berkata, bagi menaiktaraf keselamatan siber, Kementerian Pertahanan memerlukan sumber kewangan yang besar.

Namun, katanya, sistem keselamatan siber negara setakat ini masih lagi baik dan terjamin.

“Tetapi kita masih memerlukan kewangan yang besar untuk mempertingkatkan keselamatan dari pertahanan siber dan kita perlukan lebih banyak (bajet).

“Bagaimanapun dengan apa yang kita miliki, keselamatan siber (negara) masih lagi terjamin,” katanya.

Justeru, Ismail Sabri berkata, kementerian memerlukan kos tambahan meambahbaik dan memperkasa pertahanan siber negara.

“Baru-baru ini bila berlaku serangan siber daripada Anonymous Malaysia, Alhamdulillah kita tak terlibat dari segi serangan mereka tetapi ia mungkin takkan kekal (tak) diceroboh.

“(Penambahbaikan pertahanan siber) sangat penting kerana jika maklumat diceroboh dalam ‘cyber security’ kita.. Habislah. Tak ada rahsia lagi dan negara takkan selamat dari segi pertahanan, orang dah tahu strategi kita,” katanya. -Malaysiapost.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here