‘Massage’ boleh, bersidang tak boleh – Najib

0
2
Pix via Malaysiapost

KEPUTUSAN Jemaah Menteri mengenai tiada sidang Parlimen sepanjang tempoh darurat yang hanya akan berakhir pada 1 Ogos ini terus mendapat kecaman daripada pelbagai pihak.

Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengenai keputusan itu turut mendapat sindiran daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ahli Parlimen Pekan itu, menyindir dengan mengatakan aktiviti urut yang kini dibenarkan kerajaan lebih selamat berbanding sidang Parlimen.

“Mengikut Sains dan data kerajaan, ‘massage’ adalah lebih selamat berbanding bersidang,” katanya dalam satu hantaran di Facebook malam ini.

Dalam satu hantaran terdahulu, beliau turut mempertikaikan keputusan tidak mengadakan persidangan Parlimen itu berbanding keputusan membenarkan pelawat asing masuk ke Malaysia.

“Pelawat asing boleh masuk negara, tapi Ahli Parlimen tak boleh masuk Dewan Rakyat sebab Sains dan data tak izinkan,” sindirnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here