MB Kelantan masuk hospital akibat keletihan

0
2

MENTERI Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian semalam akibat keletihan.

Setiausaha Politiknya, Mohd Asri Mat Daud memaklumkan Ahmad Yakob dimasukkan ke hospital selepas menjalani pemeriksaan kesihatan.

“Untuk makluman, Menteri Besar Kelantan telah menjalani pemeriksaan kesihatan berkala di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian pada 2 Mac 2021 akibat kekurangan rehat dan keletihan beberapa hari sebelum ini.

“Susulan pemeriksaan tersebut, beliau dinasihatkan untuk berehat di hospital bagi pemantauan sepenuhnya oleh pihak hospital,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, Ahmad dijangka keluar hospital pada esok dan hanya keluarga terdekat sahaja dibenarkan melawat.

“Pejabat Menteri Besar Kelantan merakamkan penghargaan diatas keprihatinan semua pihak mengenai tahap kesihatan beliau,” katanya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/03/02/mb-kelantan-annuar-musa-kpn-terima-suntikan-vaksin-covid-19-hari-ini/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here