Mak Semah jatuh ketika solat, Umie Aida syukur ibunya sihat

0
2

Nilam Oshman

PELAKON, Datin Seri Umie Aida melahirkan rasa lega apabila ibunya, Mak Semah tidak mengalami sebarang kecederaan serius selepas terjatuh ketika solat.

Menerusi Instagramnya, pelakon itu berkongsi video ibunya yang menggunakan kerusi untuk solat, terjatuh ketika ingin duduk di kerusi tersebut.

Umie meluahkan rasa bimbang terhadap keadaan ibunya dan berkata walaupun tiada apa-apa yang serius, namun jangan mengambil ringan hal sedemikian terutama jika jatuh di bilik air.

“Alhamdulillah, Mak Semah dalam lindungan Allah. Mula-mula risau sangat bila mak jatuh kerusi masa solat. Ialah orang tua ni bila jatuh kena ambil serius.

“Syukur Mak Semah sihat walafiat. Terima kasih atas doa semua dan paling comel ucapan terima kasih Mak Semah pada peminat-peminat ya. Cute je.

“Saya nak share sikit apa yang pernah dengar.. berhati-hati kalau orang tua jatuh di bilik air.. kerana bilik air banyak jin toncet.. bila jatuh di bilik air memang susah sikit nak baik. Wallahualam,” tulisnya.

Adik kepada pelakon Erma Fatima memberitahu dia telah meminta tukang urut memeriksa Mak Semah kerana mahu memastikan ibunya dalam keadaan baik.

“Esok last ya.. tiga hari berturut-turut urut, Urutlah buang-buang angin kan,” katanya kepada mak Semah dalam video tersebut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here