Sajat dah tak nak jadi orang Islam?

0
2

USAHAWAN kosmetik, Nur Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36, didakwa mahu menukar agama.

Ia berikutan, satu video berdurasi seminit 48 saat yang tular di media sosial, memaparkan reaksi Sajat yang kesal terhadap Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan memaklumkan keputusannya yang mahu keluar dari agama Islam.

“Saya baca, tak salah kita buat research (kajian) agama lain kan? Sebab kita tak ada buat apa-apa, lepas itu orang nak salahkan kita teruk. Lepas JAIS keluarkan statement (kenyataan) itu, saya dah malas nak fikir.

“Saya cakap ini bukan saya nak mengugut ke tak. Secara sumpah demi nama saya, nama ayah saya, nama mak ayah saya, saya dah tak nak menjadi orang Islam.

“Saya keluar daripada agama Islam. Itu lebih afdal. Saya tak main-main, saya cakap betul, mereka yang buat jadi saya nak keluar daripada Islam. Saya tak main-main, saya cakap betul,” luahnya.

Tambahnya, pihak JAIS yang membuatkan dirinya bertindak sedemikian dan lagi jauh dari agama Islam.

“Saya lebih takut dan saya rasa lebih baik keluar daripada agama ini.

“Sebab saya lahir pun dalam Islam dan saya ikut sahaja apa yang mak saya ajar, saya buat. Rupa-rupanya…tak tahulah,” katanya lagi.

Semalam, menerusi laporan media, JAIS meminta bantuan polis untuk menjejaki dan menangkap Sajat selepas menghilangkan diri.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed dilaporkan berkata, pihaknya bersedia membantu JAIS mengesan Nur Sajat yang menghilangkan diri, baru-baru ini.

Pada 23 Februari lalu, usahawan kosmetik itu dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam kerana tidak hadir sebutan semula kes berhubung menghina Islam. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here