JAIS mohon bantuan PDRM tangkap Nur Sajat

0
2

JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) meminta bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjejaki dan menangkap usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36, yang kini menghilangkan diri.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan bahawa JAIS telah meminta bantuan pihaknya.

“JAIS telah hantar surat minta bantuan dan kita akan bantu kesan Nur Sajat,” katanya seperti dilaporkan Kosmo Online.

Nur Sajat pada Selasa lalu dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini selepas tidak hadir sebutan semula kes berhubung menghina Islam.

Media sebelum ini melaporkan JAIS telah menyerbu kediaman Nur Sajat di Seksyen 10, Kota Damansara pada jam 9 malam semalam.

Bagaimanapun, dalam serbuan itu tidak menemui usahawan kontroversi tersebut yang dipercayai telah melarikan diri. – Malaysiapost

Artikel berkaitan: https://malaysiapost.com.my/2021/02/28/rumah-sajat-diserbu-namun-usahawan-itu-gagal-ditemui/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here