Scammer menyamar Ketua Puteri Umno

0
2

KETUA Puteri Umno, Datuk Zahida Zarik Khan mengingatkan orang ramai supaya berwaspada dengan taktik ‘scammer’ yang semakin licik dan berani.

Ia berikutan, individu didakwa ‘scammer’ menyamar sebagai dirinya, bagi meminta bantuan kepada Ketua Pemuda Umno Labuan, Musa Basman untuk mengawasi anak buahnya yang akan tiba di sana.

Zahida berkata, beliau mendapat kiriman WhatsApp dari Musa yang memaklumkan perkara berkenaan.

“Ada pihak gunakan gambar dan menyamar sebagai saya untuk ‘scam’ orang tertentu di WhatsApp.

“Saya akan buat laporan polis dan tindakan susulan,” katanya menerusi Facebook.

Sehubungan itu, beliau meminta mana-mana pihak yang menerima WhatsApp atau mesej seumpama itu supaya melaporkan segera kepada pihak berkuasa.

“Mohon ‘screenshot’ untuk dilaporkan pada pihak berkuasa.

“Hati-hati, macam-macam cara kerja jahat scammers ambil duit orang sekarang ni,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here