Timbalan Menteri di New Zealand: ‘Ia boleh timbulkan kemarahan rakyat’ – Najib

1
2
BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Nov -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang media selepas menghadiri Rundingan Tahunan Pemimpin Ke-21 Malaysia-Brunei di Istana Nurul Iman hari ini. --fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melahirkan kebimbangan terhadap isu seorang Timbalan Menteri yang dilaporkan sering berulang-alik ke New Zealand ketika negara berhadapan ancaman Covid-19.

Najib berkata, sekiranya isu itu tidak diatasi dengan baik ia boleh mencetuskan kemarahan rakyat kepada kerajaan.

Menurut Najib, jika benar perkara itu berlaku, ia tidak seharusnya dibenarkan ketika rakyat diperintah supaya mematuhi segala larangan untuk tidak merentasi daerah, negeri dan ke luar negara.

“Jika laporan ini benar dan ianya tidak dijelaskan atau dikendali dengan baik, isu ini bakal mengundang kemarahan yang besar terhadap kerajaan.

“Pada ketika orang biasa tidak boleh merentas daerah atau negeri, seorang wakil rakyat yang sedang dibayar gaji Ahli Parlimen serta gaji Timbalan Menteri boleh berulang-alik merentas sempadan negara untuk berada di negara asing bersama keluarganya hampir 3 bulan pulak?”catat Najib di Facebook, hari ini.

Terdahulu portal Sarawak Report melaporkan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Edmund Santhara Kumar berada di New Zealand bersama keluarganya dan anak-anaknya yang belajar di sana.

Dalam pada itu Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran berkata Santhara perlu segera memberi penjelasan, jika dakwaan laman Sarawak Report itu benar.

Jika dakwaan itu benar, dia juga mendesak Santhara meletakkan jawatan sebagai ahli Parlimen Segamat serta memulangkan gaji dan elaun yang diterima sejak berada di sana.

“Kerajaan Perikatan Nasional (PN) kekurangan seorang lagi ahli Parlimen? Di mana Santhara pada hari ini? Adakah dia telah meninggalkan karier politik kerana tidak tahan dengan kerenah politik PN?” soalnya dalam kenyataan.

Prabakaran juga mendakwa Santhara tiada di Segamat ketika banjir melanda di sana bulan lalu.

“Adakah anda pengundi Segamat yang ingin bertemu dengan ahli Parlimen anda? atau seorang penjawat awam yang ingin berjumpa dengan Timbalan Menteri Wilayah?

“Sejak Krismas tahun 2020, ada sesiapa pernah berjumpa dengan Santhara? Sarawak Report mengatakan dia kini di New Zealand, adakah ini benar?

Bagaimanapun, difahamkan Santhara ke New Zealand atas urusan keluarga.

Dia dikatakan telah kembali ke Malaysia sebelum Hari Wilayah pada 1 Februari, tetapi telah pergi semula ke sana selepas itu.

New Zealand antara negara yang meletakkan garis panduan perjalanan paling ketat sejak Mac 2020. -Malaysiapost

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here