The Citizens kukuh cengkaman

0
3

MANCHESTER City memperkukuhkan kedudukan mereka di puncak dengan menewaskan West Ham United 2-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris di Etihad pagi tadi.

Dalam perlawanan itu barisan serangan Manchester City kelihatan buntu, namun mereka masih mampu mencatatkan kemenangan ke-20 berturut turut musim ini dengan gol menerusi duo bek tengah Ruben Dias dan John Stones.

Dias membuka tirai jaringan pada separuh masa pertama yang merupakan jaringan peribadi pertama beliau untuk City.

Namun West Ham telah menyamakan kedudukan 1-1 menerusi Michail Antonio seminit sebelum rehat setelah menerima hantaran Jesse Lingard.

Bagaimanapun West Ham gagal mempertahankan 1 mata itu selepas gawang mereka ditembusi oleh John Stones, ketika perlawanan berbaki 22 minit. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here