2,253 kes baharu Covid-19 hari ini

0
2

MALAYSIA mencatatkan 2,253 kes jangkitan baharu Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan dalam negara kini meningkat kepada 295,951.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), daripada keseluruhan kes dalam negara hari ini, tujuh adalah kes import dan selebihnya penularan tempatan.

Jumlah kes aktif di Malaysia kini 27,994 di sebalik 3,085 kes sembuh baharu.

Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 633, diikuti Perak (545), Johor (276), Sarawak (250), Sabah (129), dan Kuala Lumpur dengan 122 kes.

Negeri-negeri yang mencatatkan kes di bawah 100 ialah Pulau Pinang (93), Kelantan (73), Negeri Sembilan (68), Kedah (25), Pahang (21), Melaka (13), Perlis (4) dan satu kes di Terengganu.

Labuan dan Putrajaya tidak mencatatkan sebarang kes baharu hari ini.

Sebanyak 11 lagi kematian dicatatkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 1,111 kes. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here