Sidang media khas Janna Nick jam 2.30 petang ini

0
2

PELAKON dan pengacara, Janna Nick akan mengadakan sidang media khas secara langsung di media sosial Facebook dan Youtube pada jam 2.30 petang ini.

Perkara berkenaan dimaklumkan pelakon drama ‘Marry Me itu Senorita’ itu menerusi gambar yang dimuat naik di Instagramnya.

Difahamkan, sidang media tersebut berkaitan isu dirinya menghina anggota kumpulan Blackpink.

Sebelum ini, Janna ,26, telah diserang peminat K-Pop itu kerana tindakanya itu mengundang kemarahan mereka.

Disebabkan dikecam teruk oleh netizen, dia terpaksa menyahaktifkan akaun Instagram dan Twitter.

Kontroversi itu tercetus apabila lakonannya dalam telefilem terbaru dengan memegang watak Delen telah menggelarkan ahli Kumpulan Blackpink sebagai Lisa ‘Blackpig’.

Bagaimanapun, menerusi twitternya baru-baru ini, pengacara Melodi itu telah membuat satu laporan polis susulan serangan ke atas dirinya sehingga mencetuskan provokasi serta fitnah terhadapnya.

Artikel berkaitan: https://malaysiapost.com.my/2021/02/22/hina-lisa-blackpink-janna-nick-tutup-instagram-dan-twitter/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here