PN bentuk struktur pilihan raya peringkat negeri – Azmin

0
2

SEMUA parti dalam Perikatan Nasional (PN) akan terus memperkukuhkan kerjasama melalui gerak kerja pilihan raya dalam usaha mendapatkan sokongan rakyat.

Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata perkara itu ditetapkan dalam Mesyuarat Jabatan Pilihan Raya PN yang dipengerusikan beliau di Putrajaya, malam tadi.

“Struktur pilihan raya di peringkat negeri akan segera dibentuk dengan menampilkan citra Perikatan Nasional yang mendakap prinsip kepelbagaian dan keharmonian,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohamed Azmin yang juga Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, mesyuarat tersebut berlangsung dengan kehadiran semua Pengarah Pilihan Raya parti-parti anggota PN.

Mereka mewakili parti PAS, Bersatu, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Maju Sabah (SAPP) dan GERAKAN. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here