PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) di bawah rangka tindakan Perodua Smart Build bakal melancarkan Perodua D55L secara rasmi menerusi platform digital pada 3 Mac ini.

Menurut laporan Berita Harian, ia merupakan model kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak pertama, namanya yang belum diumumkan secara rasmi iaitu ‘Ativa’.
Tempahan Perodua D55L itu telah dibuka bermula Jumaat lalu dan dianggarkan akan ditawarkan pada harga antara RM62,500 hingga RM73,400.
Model SUV kompak PERODUA itu turut ditawarkan dengan tiga varian pilihan iaitu X, H dan AV.
Mengulas lanjut, PERODUA berkata, model terkininya itu akan menjadi model pertama yang memenuhi standard Pemanduan Autonomi Tahap 2.
Kenderaan SUV itu juga menjadi model PERODUA pertama menggunakan transmisi boleh laras berterusan (CVT) serta menyumbang kepada kecekapan bahan api 18.9 kilometer seliter (km/l), terbaik dalam kelasnya.
Menurut PERODUA, model tersebut akan disediakan dengan lampu hadapan LED untuk semua varian.
Bagi varian H dan AV dilengkapi ‘adaptive driving beam’, panel meter TFT 7-inci serta sistem infotainmen skrin sesentuh 9-inci dengan ‘voice recognition’. -Malaysiapost
Foto Kredit: Paultan

