Asyraf persoal Wan Fayhsal

0
3

PEMUDA Umno menyindir Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berhubung kenyataannya terhadap Umno yang didakwa berubah-ubah.

“Yang mana satu ni? Sekejap kata hayat Umno sudah berakhir. Kemudian masih berharap Umno bersama dalam Perikatan Nasional (PN) untuk hadapi PRU-15?

“Biasanya orang bercerai je (saja) yang dikatakan gila talak! Tapi ini tak ada apa-apa pun, sekejap nak, sekejap kata lain! Apa isyaratnya?,” kata Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di Facebooknya hari ini.

Beliau berkata demikian dipercayai sebagai reaksi kepada kenyataan Wan Ahmad Fayhsal semalam yang menafikan beliau mengeluarkan kenyataan menimbulkan rasa kurang senang pemimpin Umno.

Sebaliknya, Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu berkata kenyataan beliau kelmarin telah disalah tafsir menerusi beberapa tajuk berita yang disifatkannya sebagai nakal.

Beliau menjelaskan, apa yang dinyatakannya adalah pertembungan tiga penjuru (Bersatu, PAS dan Umno) dalam mana-mana pilihan raya akan merugikan semua pihak.

“Sebab itulah, kerjasama adalah penting, maka harapan saya ialah Umno dapat duduk semeja untuk teruskan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN).

“Realitinya, hari ini tiada parti politik yang dominan. Mana-mana pihak yang ingin mencapai majoriti dalam pilihan raya perlulah bergerak bersama,” katanya menerusi penjelasan itu semalam.

Kelmarin, media melaporkan antara lain Wan Ahmad Fayhsal berkata Umno perlu fikirkan bahawa zaman di mana sebuah parti politik mendominasi politik Malaysia sudah tamat. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here