Ebit Lew bantu 5 beradik hidup bersendirian

0
2

PENDAKWAH bebas, Ebit Lew sekali lagi kehadapan dalam membantu golongan memerlukan dengan yang terbaharu membantu lima beradik hidup sendirian selepas kedua ibu bapa mereka ditahan atas kesalahan dadah.

Menerusi perkongsian di Facebooknya, Ebit telah melawat kanak-kanak terbabit yang tinggal di kawasan di Rantau Panjang, Kelantan.

Katanya, beliau mendapat makluman mengenai kanak-kanak berkenaan melalui perkongsian di laman Facabook Raja Anita Raja Mukhtar.

“Sayu sedih tengok adik Farisya 11 tahun masak guna dapur kayu serta menjaga tiga adik kecil yang paling bongsu satu tahun. Farisya dah tak sekolah jaga adik

“Buat susu adik guna susu pekat manis menggantikan susu tepung, mereka tinggal dengan atuk nenek dah uzur dan mak ayah dalam tahanan,” katanya.

Susulan itu, Ebit kemudiannya mengambil inisiatif mendaftar dua kanak-kanak tersebut ke sebuah Maahad Tahfiz di Kota Bharu.

“Saya bersama makciknya tadi daftarkan Faris dan Farisya ke Maahad Tahfiz Manzil Furqan Kota Bharu.

“Disini ada pelajaran sains, subjek agama dan Tahfiz. Cantik dan eksklusif sebulan Rm600 dan terus hantar ke sini tadi,” katanya.

Menerusi hantaran yang sama, Ebit terharu apabila dapat membantu keluarga terbabit dan kesemua mereka nyata gembira apabila dibantu.

“Saya tanya kenapa nak sekolah? Jawabnya nak berjaya macam ustaz nak tolong mak ayah dan adik-adik, rindu nak belajar dan bahagiakan keluarga.

“Masa nak pergi semua atuk nenek, jiran, pakcik makcik semua tadi menangis sampai kami pun menangis. Teringat anak dekat rumah, beratnya ujianmu wahai anak maafkanlah kami lambat membantu,” katanya. -Malaysiapost

Artikel berkaitan: https://malaysiapost.com.my/2021/02/18/mesti-mak-gembira-terima-kasih-ustaz-ebit-lew/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here