‘Lalang’ dalam Umno perlu ditebas, diracun?

0
2
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

“LALANG tidak boleh dibiarkan lama-lama. Semakin dibiarkan semakin menyemakkan,” kata Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Kata-kata yang dilihat mempunyai maksud mendalam itu dikongsi Ahli Parlimen Bagan Datuk itu di Facebooknya hari ini.

Perkongsiannya itu turut mendapat reaksi ramai dengan rata-rata komen menafsirkan ia sebagai kiasan atau sindiran terhadap ‘lalang’ yang berada dalam Umno.

Menurut Zahid lagi, lalang mencacatkan pemandangan walau di mana ia tumbuh dan jika malas boleh racunkan saja, tetapi jika tebas sendiri dapat keluarkan peluh serta memberi manfaat kesihatan juga.

“Syukur Alhamdulillah faktor umur belum menjadi penghalang untuk menebas lalang.

“Lagipun sejak kecil saya telah biasa diberi tanggungjawab membantu keluarga. Membantu di kebun, membuat kerja rumah dan menjaga adik-adik yang masih kecil.

“Maka menebas lalang bagi saya bukanlah perkara yang tersangat membebankan,” katanya dalam hantaran itu.

Beliau berkata, melakukan sendiri kerja-kerja rumah banyak manfaat yang lain serta dapat menonjolkan kepimpinan melalui teladan kepada seisi keluarga selaku ketua rumah.

“Kerja menebas lalang boleh juga jadi aktiviti kekeluargaan yang menyeronokkan.

“Bersama-sama anak dan cucu membersihkan persekitaran rumah melahirkan hati yang bersih. Sekali gus menyemai kasih sayang dan perasaan kebertanggungjawaban antara ahli keluarga,” tulisnya lagi. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here