Waran tangkap terhadap Nur Sajat

0
2

MAHKAMAH Tinggi Syariah Shah Alam hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap usahawan kosmetik, Nur Sajat.

Ini selepas dia gagal hadir prosiding sebutan semula pertuduhan berpakaian menyerupai wanita sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina di mahkamah itu hari ini.

Kosmo! yang memetik sumber melaporkan waran tangkap itu dikeluarkan Hakim Syarie Mohammad Khalid Shaee@Shaii terhadap Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36.

“Dia (Nur Sajat) dimaklumkan tidak datang dan hakim mengeluarkan waran tangkap,” katanya.

Peguam Syarie Zuri Zabuddin Budiman yang mewakili Nur Sajat memberitahu mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula pada 1 Jun depan.

“Saya pun tunggu dia datang tetapi tiada. Dia (Nur Sajat) diwajibkan hadir pada tarikh baharu itu.

“Berkemungkinan akan buat mitigasi namun belum dibincangkan lagi,” katanya kepada pemberita.

Dalam prosiding yang dijadualkan jam 9 pagi tadi, Nur Sajat turut diwakili Peguam Syarie Noor Azlina Che Hassan, Ahmad Nazib Johari dan Amirah Zainal.

Usahawan kosmetik itu sebelum ini diberi ikat jamin RM3,000 untuk sebutan semula hari ini.

Pada 6 Januari lalu, Nur Sajat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam atas pertuduhan berpakaian menyerupai wanita sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here