Cemas anak tertidur dalam kereta berkunci

0
2

TINDAKAN seorang ibu meninggalkan dua anaknya di dalam kereta mencetuskan panik, apabila anaknya tertidur dalam keadaan kereta berkunci di hadapan sebuah sekolah di Skudai, Johor, semalam.

Dalam kejadian jam 5.52 petang itu, kanak-kanak itu masing-masing berusia satu dan tujuh tahun bagaimanapun berjaya diselamatkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, Penolong Penguasa Bomba Mohd Riduan Akhyar berkata, sebelum kejadian ibu mangsa meninggalkan mereka untuk mengambil seorang lagi anaknya di sekolah berhampiran.

“Ibu mereka keluar tinggalkan kereta jenis Proton Saga FLX dalam keadaan berkunci dan penghawa dingin dipasang dan anaknya yang berusia tujuh tahun mengunci kereta dari dalam.

“Selepas ibu kembali, dia cuba mengejutkan anak yang berusia tujuh tahun yang tertidur untuk membuka kunci pintu kereta namun tidak berhasil sebelum menghubungi bantuan daripada pihak kami,” katanya seperti dilapor Kosmo.

Susulan itu, Mohd Riduan berkata, dua jentera bersama 12 anggota yang diketuai Komander Operasi, Suriani Adenan dihantar ke lokasi kejadian.

Katanya, pasukan bomba menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu kereta terbabit sebelum kedua-dua mangsa berjaya diselamatkan. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here