Hentikan segera PdPR, tumpukan pembukaan sekolah

0
2
Seorang kakitangan swasta, Siti Saleha Mohd Salleh, 37 (dua kiri) tekun melakukan kerja dalam talian semasa bekerja di rumah sambil membimbing anak-anaknya, Syafi Amni Sharil Amin, 8 (kanan) dan Syaza Afrina Sharil Amin, 6 (dua kanan) serta anak saudaranya, Nur Amara Sofia Mohd Hakim, 6 (kiri) belajar secara atas talian (online) di rumah kediamannya, Setapak.

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) disaran agar menghentikan segera pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi memberi ruang kepada guru dan pengurusan sekolah membuat persediaan pembukaan sekolah pada 1 Mac ini.

Pensyarah Kanan Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial Universiti Selangor (Unisel), Amidi Abdul Manan, berkata langkah itu sangat penting supaya persiapan pembukaan sekolah dapat dilakukan.

“Apa yang lebih penting sekarang bukan masalah kurikulum, tetapi psikologi dan emosi pelajar-pelajar mesti diutamakan terlebih dahulu kerana mungkin ada yang rasa janggal untuk pulang ke sekolah.

“Seharusnya penumpuan bukanlah semata-mata untuk menghabiskan silibus tetapi lebih kepada pembinaan karektor dan juga pembinaan minat terhadap kecermelangan ilmu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi ‘Bicara Pendidikan: Keutamaan yang diabaikan’ secara langsung di Facebook Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini yang turut disertai bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dan pesara guru, N Cheli Tamilselvam.

Sementara itu, Maszlee pula berpendapat sepanjang lebih setahun pandemik Covid-19 melanda negara, kerajaan gagal menggunakan segala media yang ada untuk tujuan pendidikan.

“Kita tidak nampak papan iklan yang patut digunakan untuk tujuan pendidikan, kita tidak nampak bagaimana waktu sama ada saluran televisyen (tv) milik pemerintah atau swasta yang patut boleh gunakan bukan hanya sekadar menggeluarkan tv pendidikan dengan silibus tetapi lebih penting kita mendidik dalam segenap erti pendidikan untuk membentuk manusiawi dalam jiwa anak-anak.

“Itu tidak berlaku dan kita amat kesal setahun sudah berlalu tetapi seolah-olah kita punya media penyiaran tidak mengambil cakna terhadap isu ini,” katanya.

Bagi Cheli, pendidikan adalah hak asasi setiap manusia dan anak-anak berhak menerima pendidikan yang berkualiti.

“Sebagai seorang pendidik tanggungjawab saya adalah sebagai pembina insan dan untuk anak didik jadi seorang yang berjaya saya harus mendidik dari hati supaya mereka seronok di sekolah

“Jika tiada keseronokan mereka tiada hala tuju dan mereka tidak tahu mengapa mereka berada di sekolah.

“Oleh itu, semua pihak perlu bertanggungjawab mendidik anak-anak ini dan kita perlukan satu perancangan yang rapi supaya setiap pihak tahu tanggungjawab dalam membina seorang insan yang berjaya kelak,” katanya.

Dalan pada itu, Anwar pula berharap, kerajaan perlu lebih teratur dalam dasar-dasar membabitkan pendidikan supaya ada tindakan yang lebih terancang yang boleh memberikan manfaat kepada semua.

“Saya ucapakan terima kasih kepada guru-guru di semua peringkat kerana mereka bukan sahaja di barisan hadapan, mereka ini harapan bangsa dan negara khidmat dan pengorbanan mereka adalah luar biasa,” katanya. -Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/02/05/jadual-pdpr-macam-sekolah-harian-tak-munasabah-maszlee-malik/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here